Daftar sekarang

Daftar sekarang

Tuesday, September 22, 2015

Lahir 2,000 orang penternak berdayamaju

PEMBETULAN : Tarikh Kursus pada 24hb dan 31hb Oktober 2015


Berita 8 TV1 (22/09/2015)

Berta mengenai Pusat Pembiakbakaan dan Inovasi Bebiri, Kuala Berang (KBSBIC) di Berta 8 TV1 (22/9/2015)

Ikuti slot masa 01:01:00 pada siaran berita untuk segmen tentang KBSBIC.

http://myklik.rtm.gov.my/desktop/video/10177

KBSBIC Sasar Lahirkan 2,000 Penternak Biri-biri Di Terengganu Menjelang 2020


September 22, 2015 20:29 PM

HULU TERENGGANU, 22 Sept (Bernama) -- Pusat Pembiakbakaan dan Inovasi Bebiri Kuala Berang (KBSBIC) menyasarkan untuk melahirkan sebanyak 2,000 penternak biri-biri berdaya maju di Terengganu menjelang 2020.

KBSBIC dibangunkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di bawah kluster ekonomi-pertanian di atas tanah seluas 100 hektar di Kuala Berang sejak dua tahun lepas, dan diuruskan oleh syarikat induk lantikannya, Genetic Improvements and Farm Technologies Sdn Bhd.

Pengurus KBSBIC Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pihaknya komited menyediakan latihan dan kemahiran kepada penternak biri-biri khususnya untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap daging import.

"Sekarang, negara kita mengimport 90 peratus bekalan daging dari luar negara sedangkan kita mempunyai tanah yang luas dan kita boleh mengusahakan sendiri ternakan kambing dan biri-biri bagi mendapatkan daging. Kami sedia memberikan khidmat latihan kepada orang ramai.

"Kita juga menyediakan baka untuk pembiakan dan khidmat nasihat kepada orang ramai yang mana kita kini memberi fokus kepada ternakan biri-biri dan telah menjalankan kajian terlebih dahulu bagi memastikan kelangsungan hidup haiwan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Program Bersama Media di Pusat Pembiakbakaan dan Inovasi Bebiri di sini hari ini.

Muhammad berkata pihaknya turut mengaplikasikan kaedah penternakan komersial lebih moden memandangkan sifat biri-biri yang sangat sensitif dan mudah dijangkiti penyakit sekiranya tidak dijaga dengan rapi.

"Biri-biri mempunyai sifat biosekuriti sangat tinggi dan penternak memerlukan ilmu mengenai penjagaan biri-biri untuk mengurangkan kadar kematian dan sebelum ini, kalau kita lihat banyak projek biri-biri tidak berjaya kerana mereka tidak mempunyai ilmu dalam bidang ini.

"Kita juga akan bekerjasama dengan Jabatan Veterinar Daerah Hulu Terengganu untuk membuka pasar ternakan menjual hasil ternakan tempatan yang lebih murah berbanding pasaran biasa," katanya.

Sehingga ini, KBSIC mempunyai 300 ekor biri-biri serta kambing dan akan ditambah sehingga 1,000 ekor biri-biri menjelang akhir tahun ini.

"Kita jangkakan kelahiran lebih banyak biri-biri pada Januari depan, dan pada hujung tahun ini kita akan sediakan 1,000 baka baharu," katanya.

-- BERNAMA